assalamua'alaikum.
yang pertama memang dream dah lama memang teringin sangat. excited beli tiket dan prepare dari tahun lepas. sangat terkilan bila terpaksa let go trip tu atas sebab komitmen lain dan kekangan masa. satu, sebab memang itu dalam bucket list penat akak menabung weh. dua, kesian kawan kena pergi sendiri padahal sama2 plan dari awal. ya Rabbi sedih dia Tuhan saja tahu.
yang kedua dah rasa tak sedap hati dari malam sebelum fly. last minute packing, bangun awal pagi ke airport, sampai airport ada dugaan pulak lepas tu decide tukar route balik kampung. aku dah la nak cuti kena bertekak kena ceramah dengan boss dulu, jadi peluang cuti tanpa bercuti harus bercuti di kampung halaman walaupun dah plan lagi 2 minggu nak balik kampung. trip ni tak jadi sebab sistem Malaysia sangat bodoh. jujur cakap aku langsung tak sedih tak dapat pergi backpacking kali ni, cuma sedih gila sebab terpaksa hidup dalam sistem bodoh macam ni.
trip umrah awal lagi tak jadi. sebab Abah tak jadi ikut, takde mahram. pakcik cakap ‘hang kawin cepat nanti pi dengan laki hang’. redha, mungkin belum rezeki nak jejak tanah haram tahun ni.
pishang wehhh setiap trip tak jadi. dah la kerja teruk, stress handle kelab lagi. nak bercuti pulak tak jadi. ntah apa tak kena. mungkin trip tu semua tak mendatangkan banyak faedah, jadi Dia batalkan. mungkin aku ni penting diri dan belum bersedia, jadi Dia tarik balik nikmat bercuti. mungkin ada benda lagi penting aku kena selesaikan, jadi Dia tangguhkan sekejap. bila semua yang dirancang tak menjadi memang apa yang terlintas di hati ialah ‘Allah Mahu Tahu, Dia perancang terbaik’. aku tak tahu apa hikmah setiap kejadian ni, tapi aku yakin aturan Allah itu sangat cantik. dan aku redha atas jalan ini, moga aku jumpa yang tersirat dalam setiap ujian. Allah knows what’s best for me, and He also knows when it’s best for me to have it. Perhaps not today neither tomorrow, perhaps a year later He will allow me to go somewhere better. Allahua’alam.
[e][N][d]


No comments:
Post a Comment