assalamu’alaikum
haritu ada cerita pasal planning enam bulan pertama 2016 yang tak menjadi dan enam bulan terakhir 2016 tanpa sebarang planning. dalam suku pertama 2016, ada perasaan kecewa tapi redha. yakin pada aturan Dia dan terus berjalan mencari apa yang tersirat. masa tu memang berhenti merancang, langsung takde plan untuk bulan enam sampai habis 2016.
Subhanallah Dia sebaik perancang dan pemberi rahmat. siapa tahu apa berlaku pada masa depan kita? aku pun tak tahu. ajaibnya sebaik habis setengah tahun 2016, bertimpa rahmat datang. dalam bulan mulia tanpa dirancang. berkat terasa bila semuanya dipermudahkan tanpa goncang. tak terhitung berapa banyak syukur aku panjatkan tapi betul la, pelangi pasti ada selepas hujan. :)
dipendekkan cerita apa berlaku selepas bulan enam 2016;
tiba2 ada orang ajak bertunang. Alhamdulillah keluarga sana dan keluarga sini setuju. tarikh bertunang diawalkan dua minggu dari tarikh asal perancangan. dua minggu selepas bertunang, tiba2 keluarga cepatkan tarikh nikah dua bulan setengah awal dari tarikh asal perancangan. sekelip mata saja jadi tunangan orang, tempoh persiapan nikah pun kurang dari dua bulan. menggelupur tu ada tapi semua berjalan lancar. lepas tu rezeki pergi honeymoon dekat tempat yang memang dah lama teringin nak jejak. Subhanallah. tiket murah. urusan dipermudah. apa lagi aku mahu?
jodoh aku bagi aku sangat sempurna. ya, sangat sempurna untuk aku. sempurna sebab dia cukupkan apa kekurangan aku, dia cukupkan hidup aku. semua cukup. jadi apa lagi aku mahu?
tiap kali diuji aku selalu ingatkan diri;
“sabar, Allah lagi tahu. ada hikmah setiap kejadian. aturan Dia sentiasa terpaling cantik”
betul la memang aturan dia paling cantik.
Alhamdulilah.

[e][N][d]

No comments:
Post a Comment