#1 Pasal pak lebai samseng bahlul
Kadang satu keputusan tu bukan sebab kau betul-dia salah, kau menang-dia kalah. Bukan. Tapi sebab unsur negatif mengarut duniawi terlampau mengaburi jalan kebenaran. Allah lagi tahu. Allah bagi akal, fikir. Allah bagi amanah, jaga. Allah bagi tanggungjawab, tunai. Berat nilai redha bila tanggungjawab insan lain dibuang atas bahu aku. Kecil nilai ikhlas bila amanah insan lain kau kena langsai. Taik orang, kau kena cuci. Setiap sen tanggungjawab yang dia lepas didunia takkan sampai redha aku ke Sana. Aku dah usaha habis baik dapatkan hak aku. Sampai takat ni je la dan mungkin bukan rezeki aku. Lapanglah wahai hati. Redhalah. Niat asal mahu cari untung, hujung hari bila dihitung lagi banyak rugi. Biarlah, dari terus berusaha berjuang demi kebenaran menghadap si bahlul biar sampai sini saja usaha aku. Moga pahala redha dengan ujian ni jadi rezeki aku.
Bak kata seorang hamba Allah;
Hukum Allah kau langgar, apa lagi hukum manusia. Hutang dunia kau alpa, hutang akhirat menanti sana.
Sebelum sujud syukur, muhasabah diri sendiri. Allah lagi tahu siapa benar siapa salah.
#2 Pasal amanah yang sesak
Ini, malas cerita panjang. Dari awal aku buat segala kerja seikhlas hati. Sebab aku pikir ini amanah. Aku pikir ada sebab kenapa si polan pilih aku & bagi aku amanah ini. Dari kosong, terus pegang tanggungjawab besar. Satu demi satu aku buat. Takpe takde gaji pun boleh, sebab ini amanah. Sebab aku enjoy. Benda aku suka aku minat. Tapi satu hari aku sedar, apa hala tuju aku dalam hal ni kalau si polan yang serah amanah ni sendiri dah cabut lari? Pada siapa aku nak buktikan aku dah pikul tanggungjawab habis baik? Ye semua nampak ‘hasil kerja’ aku tapi takat tu je la. Lama-lama bila orang nampak aku boleh buat jadi semua aku kena buat. Aku pulak jenis takleh tengok kerja tak siap jadi memang kerja orang pun aku buat macam kerja sendiri. Lama-lama benda ni makan diri. Dah nampak bibit tertekan tu kadang-kadang. Sebelum melarat lagi teruk, dengan rasminya aku hantar nota lepas amanah. Cukup, sampai situ saja. Buang segala pangkat yang ada.
Yang kelakar lepas sebulan letak jawatan tu tiba-tiba mak tanya “awat berhenti kerja tak habaq kat mak?”. Errrrrrrrr. Adoi la makcik bawang mana ntah pandai sebar cerita tak tahu punca. Jenis xtau cerita sebenar main reka cerita sendiri, paling dahsyat boleh sampai ke telinga mak. 🤣
Dan aku pilih untuk tinggalkan dua perkara ni di 2017. Dua perkara ni memang tak layak masuk buku 2018. Cukup. Moga yang baik-baik saja okay.
Bye 2017.
[e][N][d]


No comments:
Post a Comment