20211222

.:: Cemburu ::.


Banjir.


Apa yang young Afiza akan buat bila dalam situasi bencana macam sekarang? Ya, terus turun padang. Mungkin pergi berkayak rescue mangsa. Mungkin volunteering di PPS ringankan beban. Mungkin collect dana cari supply untuk mangsa banjir. Mungkin tengah cuci lumpur di tempat kejadian.


Tapi itulah, Afiza yang dulu mungkin macam tu. Afiza hari ini, tak macam tu. Cuma baca update saja. Derma setakat yang mampu. Sambung scroll media sosial baca update terbaru. Whatsapp kawan kawan terlibat, tanya khabar dan keadaan di sana. Sambung scroll media sosial. 


Sedih rasa hati ni.


Cemburu tengok kawan turun padang rescue mangsa banjir. Cemburu tengok kawan angkut anak kecil pergi cari barang dan hantar bantuan. Cemburu tengok kawan coordinate team bantuan banjir. Kebanyakan persendirian saja bukan dari mana mana NGO. Macam Afiza yang dulu la, bergerak sendiri saja dengan beberapa kawan terjah mana mana yang perlu dibantu. 


Sungguh, rasa cemburu tu tebal sangat. Rasa sedih berbakul, tak dapat hulurkan tenaga pada mana2 sudut.


Macam mana nak hilangkan rasa cemburu dan sedih ni ya?


[e][N][d]



No comments: