Jin ni kan, bila dia bertuankan manusia tanpa sedar, dia boleh berleluasa ikut kata hati tuan. Dia boleh wujud dari apa amalan si tuan. Contoh dari ayat bacaan atau perbuatan. Dia boleh jadi makin kuat dan kasih pada tuan selagi tuan amalkan perbuatan dan perkataan tu.
Makhluk ni bila dia anggap si manusia sebagai tuan, dia akan ikut arahan si tuan. Arahan tu bukan datang dari lisan tapi dari kata hati si tuan. Semakin kasih bertaut semakin bijak dia baca isi hati si tuan & mula la buat perangai macam jin. Tau tak macam mana perangai dia?
Makhluk ni wujud bila mana si tuan itu sudi menerima / membela / mengasihi dia. Andai dia diterima dari siapa2 itu dikira saka.
Makhluk ni walaupun takdak otak dia boleh jadi lagi pandai dari manusia. Hang ingat budak kecik yang baru beberapa tahun hidup tu je pandai main hide and seek? Makhluk tua beratus tahun tu lagi terer tau. Bila orang cari, dia hilang. Bila orang tak cari, dia datang. Ye la kalau datang time orang cari tu dia pun tau apa nasib dia kan? Pastu boleh la si tuan lompat bintang tepuk tangan dengan yakin dia suci murni tanpa dakwaan. Kata sayang tuan kena la jaga nama baik tuan, kan?
Makhluk ni dia tak boleh duduk tenang. Tengok orang senang, dia kacau. Tengok orang bahagia, dia kacau. Tengok orang sakit, lagi dia kacau. Tengok orang duduk diam pun dia kacau. Kurang ajaq setan ni. Jahat sungguh.
Yang lagi jahat bila mana si tuan tak sedar diri bahawa makhluk kepunyaan dia tu sibuk bikin kacau sana sini. Dia senang hati boleh acah suci sengih sana sini padahal orang keliling habis kena kencing dengan binatang dia. Dia boleh buat muka innocent macam aku baik aku cantik semua orang sayang aku padahal orang tak bersalah habis lunyai kena kacau dengan binatang dia. Biadap.
Si tuan, kalau nak lepaskan dia kau pun kena rela dan redha. Rela matikan dia. Redha lepaskan dia. Ini, bila orang buang kau sanggup kutip balik. Mana redha tu?
Berdepan dengan dia, kau kena rela dan redha. Lapangkan hati, audit diri tengok apa kesalahan yang mungkin ada tanpa sedar. Maafkan diri sendiri, maafkan orang sekeliling, maafkan si tuan. Redha dan lepaskan semua. Tiada makhluk yang lagi berkuasa dari Dia. Segala kesakitan dan kesembuhan itu terjadi atas izinNya.
Jin ni ada kaitan dengan manusia pendengki acah suci.
Bela ikan bela setan, sekian.
*notakaki: semoga sampai pada yang terlibat dan terus bertemu noktah.
[e][N][d]


No comments:
Post a Comment