assalamu'alaikum
2014, bagi aku sangat cantik.
a year of healing & exploring, penuh gembira, cinta, rahmat & semua yang indah belaka. tak terlalu indah sangat, masih koyak sedikit, cuma indah bila boleh jahit dengan setiap carik itu dengan elok & redha. ujian sana sini terutama pasal keluarga & kerjaya. hadap dengan tenang setiap satu walau barai jugak di awalnya, lama-lama nampak jugak manis dalam setiap pahit itu.
75% dari apa yang aku impikan untuk 2014 tercapai. rohani dan jasmani. fizikal dan mental. dari segala sudut, sangat la berpuas hati. ada benda yang rasa macam agak susah nak capai tapi tiba2 Allah datangkan jalan. ada benda yang rasa macam agak diluar kemampuan tapi tiba2 ada saja kudrat. kena yakin dan redha saja.
apa yang buat 2014 aku bahagia mungkin cinta, kot? berhenti cari cinta duniawi. mula cari cinta Illahi. pergi cari diri, belajar cinta diri. bila kita letak satu harapan pada manusia, itu yang bahaya. tapi bila harapan itu kita letak pada Dia, itu mula bahagia. sebab itu aku berani cakap 2014 aku penuh cinta dan kasih sayang.
2015, resolusi aku tak banyak. sama macam 2014 cuma ada upgrade sikit;
mahu hidup gembira, bahagia, dirahmati, berjaya, explore lagi. 2014 aku dah healed, 2015 biar aku heal orang lain pulak. inshaaAllah. 2014 aku dah belajar banyak, 2015 aku mahu belajar laaagi banyak. mahu lagi gembira, lagi dirahmati, lagi banyak cinta. paling penting aku mahu lebih terurus, lagi stabil kewangan, mahu lagi berjaya dalam kerjaya & mahu lagi rapat dengan orang-orang yang ada sepanjang zaman jatuh-bangun aku. tambah satu lagi untuk 2015, ini tadi la borak dengan girlfriend dia yang encourage. dia cakap "aku tak pernah ada azam selama hidup ni. tahun depan aku terasa nak ada satu - love hunting. jom." jadi 2015, love hunting. ;)
alhamdulillah.
pendek kata, misi 2014 "hidup untuk masa depan yang bahagia" berjaya. untuk 2015, marilah kita hidup untuk masa depan yang lebih bahagia. biiznillah :)
[e][N][d]


No comments:
Post a Comment