assalamu'alaikum
kata 2015 mahu love hunting, jadi terasa mahu cakap pasal cinta pulak. aku steady lagi sebenarnya ni bercinta dengan diri sendiri. ok lagi. tapi bukan la langsung tak mahu bercinta dengan manusia beza jantina, cuma belum jumpa belum masa belum rasa. dua perkara ini yang aku cari. yang bagi aku paling penting untuk kekalkan hubungan selamanya. ok tak, sebenarnya tiga. cuma yang pertama tu aku rasa agak susah nak nilai. maka kita simpan yang pertama tu diam2, tawakal & terus berdoa Allah bagi terbaik.
satu: kimia.
serasi. ini penting. bila ada kimia, dia mudah faham kau dan kau pun mudah faham dia. kau faham apa dia buat, kau tahu kenapa dia macam tu. kau senang terima dia, dia senang terima kau. kadang tak perlu bicara, tapi boleh baca sendiri. itu la kimia. serasi dari segala segi - minat, tujuan hidup dunia & akhirat, keluarga & semualah. bila dah serasi jiwa, semua jadi mudah.
dua: transparent.
naked. eh bukan bogel get undressed itu maksud aku. kau jangan lucah sini! maksudnya, kau boleh buka diri kau jiwa kau untuk pasangan tahu setiap perkara; fear, dreams, commitments, thoughts, hopes, future. ini yang payah. masing-masing ada ketakutan sendiri, harapan sendiri, impian sendiri, komitmen sendiri. tapi nak berkongsi itu yang perlu satu kekuatan. sebab apa, selama ni kita hidup sendiri kita simpan sendiri semua benda itu. yang tayang depan orang ramai pun mungkin palsu mungkin yang elok2 saja sebab kita tak nak orang nampak ketakutan/impian kita tu. fake. tapi takkan dengan isteri/suami pun kau nak fake jugak ye dak? bila sorok tak transparent ini maka berlakulah perselisihan faham, tuduh menuduh dan sebagainya yang tak elok. jadi bagi aku, being naked ini sangat penting. you have to open up your soul to someone, letting him/her into your thoughts, hopes, fear, dreams & live together in that circle. that's the challenge.
tambahan tiada nombor:
paras rupa tak apa. hensem-hensem boleh bawa ke mana saja? syurga? ada rupa, tiada kimia tak guna jugak. ada rupa, tiada agama tak ke syurga juga. ada rupa, tiada budi bahasa tak aman jugak.
duit itu bonus. cukup la ada kerjaya & ada sifat sentiasa mahu baiki diri sendiri dan keluarga. kau jangan miskin lepas tu redha goyang kaki selamanya miskin. biar miskin tapi ada usaha untuk cari rezeki ubah nasib diri.
agama. ya ini sebenarnya perkara pertama yang aku sorokkan kan itu. hahaha. bukan apa, bab agama ni susah nak nilai sebab dia ada dalam hati bukan pada perbuatan. kadang orang tu bukan main alim kaki masjid, tapi hati tak bersih. kadang orang tu biasa aja solat kadang lubang tapi hati bukan main suci. siapa kita nak nilai tahap agama seseorang? aku pun kadang rasa takut bila ada orang cakap aku ni alim ala-ala muslimah. mana ada, aku biasa saja, cuma sedar diri yang aku ni hamba kena tunai hak pada Dia. aku tak perlu pasangan yang alim macam ustaz. biasa-biasa saja cukuplah asal dia tahu tanggungjawab dia sebagai hambaAllah, ada Allah dalam hati dia & ada niat mahu ke syurga Allah.
panjang cerita. dalam sembang. tapi kalau Allah tak izin, mak abah tak restu, apa pon tak boleh. kan?
[e][N][d]


No comments:
Post a Comment