assalamu'alaikum
rindu.
sumpah rindu semua.
rindu sebab hidup dah berubah sepenuhnya. sedih tapi kena hadap. sukar tapi aku terima. belajar untuk terima. well hidup sekarang semua pasal kerja, kelab, komuniti. kalau cerita pasal 3 perkara ni sampai kiamat takkan habis, orang takkan faham selagi mereka tak rasa 3 perkara ni serentak. struggle kerja berbelas jam setiap hari, curi masa rehat, curi masa cuti. bila waktu kerja tak sama dengan orang lain, apa kau ingat senang mahu hidup macam dulu? habis dah, penat dah. merungut tak kemana. berusaha tak kemana. mereput la kau jadi hamba kerja. haritu awal2 merungut jugak sampai bergaduh dengan Cuz pasal ni tapi last aku mengalah, setuju dengan dia. kalau Cuz baca ni harap dia tahu sebenarnya aku sayang dia sangat, dan berterima kasih dengan setiap butir kata dia. kenapa berusaha tak kemana? biasalah bila hidup dengan manusia lain, kau kena mengalah pada kuasa veto. demokrasi tiada erti hidup zaman sekarang ni haha. sukarnya ya Rabbi sampai berapa kali rebah tapi aku merangkak jugak hadap semua benda ni. kelab & komuniti, ini amanah. dah sebelah kaki melangkah takkan nak patah balik? jadi hadap saja segala hujan ribut.
eh masa 24jam aku ni rasanya memang guna habis baik untuk tiga perkara ni. masa untuk keluarga & diri pun kena pandai curi. bila kali terakhir aku luang masa manja diri? lupa. bila kali terakhir aku masuk hutan tiruk dalam air sejuk? tak ada. sibuk kadang rasa 24jam ni tak cukup. dengan penatnya Allahurabbi. ada laki, laki lari dah bini sibuk sangat bahahahaha marilah ketawa untuk diri sendiri. eh dah apa aku melalut banyak padahal ada benda lain kena buat ni.
tapi tu la, point aku cuma:
dunia dah ratah aku habis. setiap inci tubuh aku mereput. setiap hembus nafas aku melayang. rindunya pada aku yang dulu. moga semua ini lekas pergi. moga yang dulu lekas kembali.
ain, nazlyn, jane, jiah, zaf, kakak, yasmin, amir, ikmal, palah, akay & semua Penyelam Tegar. kalau nak list semua memang tak larat. aku cuma rindu mereka yang ada dengan aku dari dulu tak pernah tinggal aku, mereka yang selalu jadi badut hidup aku, mereka yang sentiasa sudi hulurkan bahu untuk aku. sumpah rindu sangat. moga Allah sentiasa pelihara keluarga aku & mereka di bawah lembayung rahmatMu walau aku tiada.
luahan ikhlas,
ahli tido TMO
kuli GPM
macai PB
hamba JF
PB-Yankee-5
[e][N][d]


No comments:
Post a Comment