assalamu'alaikum
sebenarnya tak tahu nak letak tajuk apa maka 'The Climb' pon boleh la labu. aku bukan lah suka sangat climbing ni. sebab penggayat. serius gayat tapi perasaan untuk lawan ketakutan itu lagi kuat. selalu layan panjat wall saja itu pon selepas bertahun tak panjat, tiba2 terus naik Batu Damai. perghhh. ini semua sebab Pakatan Bejalan! hahaha
tahu tak, aku ambil masa 'dua tahun' nak panjat route ni sampai atas sebab ada part susah sangat rasa nak nangis turun balik. gigil kaki gigil tangan gigil hati lawan gayat lawan takut. tapi tak boleh mengalah, it's a battle among body yang suruh turun, minda yang nak naik, & hati yang suruh pedulikan saja orang keliling tengah gelakkan kau yang terkangkang tersangkut tu. takde orang lain dah nak tolong push ke atas selain diri sendiri. yang bertanggungjawab atas nyawa, jiwa & hidup kau, adalah kau sendiri bukan belayer dan bukan orang keliling kat bawah tu. memang nak menangis, rasa nak turun balik. berapa kali berenti. berapa kali tersangkut. berapa ramai kat bawah tu dok menjerit suruh cepat. kahkahkah, dah memang tersangkut nak buat macam mana bro. tapi gagahkan jugak panjat. dan perasaan bila kau berjaya sampai & cium point kat hujung tu, subhanallah memang berbaloi setiap langkah. masa turun, sampai dekat tempat aku sangkut lama gila tu aku jerit kuat, "haa kat sini la punca. susah gila kau ni".
lepas tu Abang Yen balas;
"biasa la tu, climbing memang ada part susah. sama macam hidup, pun ada part susah tapi kita tak boleh mengalah tak boleh putus asa"
*sentap*
*diam*
ayat dia simple tapi padu menusuk ke jantung. memang kena pada hidup aku masa sekarang. bila Allah nak kita belajar, Dia akan datangkan cikgu dari macam2 cabang. nampak tak betapa Dia sayang pada kita yang selalu alpa ini? macam haritu, cikgu aku adalah rock climbing.
terima kasih Alin the belayer, Mondok the supporter & especially Abg Yen the second belayer (nampak tak betapa susah aku nak sampai atas tu sampai kena tukar belayer). and Abg Yen is the one who makes me realize that life is all about climbing up no matter how sucks it is.
when you climb, you climb with heart, mind and soul.
hidup, bila terlingkup barai macam mana pun kita kena terus climb up jangan putus asa.
terima kasih, hidup.
Alhamdulillah
[e][N][d]




No comments:
Post a Comment