Moga esok hari tak terlupa memori bersalinkan Aishah Areesha bt Muhammad Shafiq, aku abadikan kat sini untuk rujukan masa depan.
[25 Jan 2018 - 38w6d]
Weekly follow up, Alhamdulillah semua okay. No sign of labour. Kalau belum ada tanda jugak, next check up Dr akan ajar natural birthing inducer. Dr Khamsiah bagitau dia akan cuti tiga hari, kalau boleh Dr sendiri nak sambut baby so kitorang bergurau dengan Dr suruh baby keluar lepas Dr balik okay hehe.
Lepas check up sempat pergi lepas hajat makan itik salai famous kat Sungai Ramal, lepas tu pergi check escalators kat IOI City Mall tu semua well function ke tak biasalah kan aktiviti membunuh masa. 😆
Tengah malam rasa tak sedap badan macam nak demam & muntah sikit. Kuat berjalan sangat kot siang tadi kan.
[26 Jan 2018 - 38w7d]
Tertidur lepas subuh dalam keadaan bertelekung tengah zikir, konon letih sangat la kot muntah2 semalam. Terjaga pun bila hubs call tanya apsal tak reply dia, dah tu reply dalam mimpi je kan mampu. Sambung tidur sikit lagi.
8:50am
Terjaga sebab rasa ada bleeding. Ohh ada sikit tapi takde sakit. Call kakak & family, dorang suruh relaks dulu. Okay la kita relaks je, tapi ada kawan Mekna sorang ni bebel suruh pegi hospital sekarang jugak. Ye laaa i suruh hubs balik sekarang. Tapi pikir dia dah 2 hari cuti sebelum tu kerja banyak gila kat ofis tu, text dia suruh balik cepat pun dia tak reply/call balik jugak. Office dia time kerja takleh pakai handphone so papehal selalunya text je dulu then bebila dia akan call balik je. Sambil-sambil tu text 2-3 orang kawan tanya sape free mintak tolong datang teman kat rumah sementara hubs balik (Terima kasih FL teman kita haritu). Lepas dua jam tunggu laki tak respon terus call direct line office dia, haaa kan betul firasat isteri ni dia tengah busy gila tu. While menunggu dia balik kerja sempat la kemas rumah, laundry, kemas beg & check barang nak balik berpantang nanti semua cukup, siap masak nasik goreng lagi haha. Dah prepare nak masak lunch tapi tak jadi sebab tengahari start sakit pinggang kuat. Pastu dia sampai rumah boleh migrain pulak. Ni apakes bini suruh balik nak beranak tapi bini kena jaga laki pulak.
6:30pm
Blood show sikit sikit. Kadang contraction kadang sakit pinggang boleh keliru eh ni tengah sakit pinggang ke contraction ni. Kadang tak sakit langsung. Pakai apps contraction counter tu tapi 3x dia marah ‘false labour’, kali ketiga tu memang eh lantak kau lah malas nak pakai apps ni lagi jom pegi hospital sekarang tapi alang-alang kita tunggu maghrib la kejap. Sementara nak ke hospital tu sempat lagi solat asar, mengaji sikit, solat maghrib, mandi air suam, kemas dapur sikit lagi, memang tak reti duduk diam. Ada kawan datang hantar hadiah baby pun bebel apsal tak gerak lagi, hubs boleh jawab ‘bini aku okay je tu’ hahahahahaha nampak tak bini dia punya tahap relaks tu 😂
8:50pm
Sampai ER Andorra, terkedek-kedek jalan sendiri masuk ER. VE dah 3-5cm. Celah-celah tu boleh pulak orang tu tumpang check blood pressure dia, berebut dengan bini.
9:30pm
Masuk labour room. Bagitau Mak & family yang lain, masa ni dorang boleh bebel apsal tak minum selusuh la suruh baca doa itu la ini la. Haha sempat lagi tu. VE lagi sekali dah 7cm. Pegi toilet dulu setelkan apa yang patut. Mintak kat nurse nak pegi makan jap sebab tadi kitorang tak sempat nak dinner. Ye la ingat nak dinner lepas balik hospital, tak jangka pula terus kena masuk labour room. Memang nurse tak kasi turun la kannn so minum shake Herbalife je sambil tu hubs turun pegi beli makanan alas perut. Tengah syok melayan keenakan shake coklat favourite tu tetiba rasa contraction kuat then POP air ketuban pecah! Apa lagi jerit la panggil nurse. Nurse datang check then panggil Dr Lily masuk, Dr Lily dekat LR sebelah masa tu tengah attend case lain. Pastu terus Dr cakap dah fully dilated & baby crowning dah boleh bersalin. Time tu jugak hubs masuk. Nasib baik dia tak panik haha cuma tak sempat la nak rekod video ke apa ke. Dia terus pegang tangan, yang kita ni pun eh dah nak kena beranak ke dah nak kena teran ke tak sempat nak habiskan shake tadi tuu. Sambil sambut baby keluar sambil Dr bebel apsal tak datang hospital awal blablabla. Kitorang tadah telinga je la kena bebel. First push, baby masuk balik sebab tak cukup nafas. Second time push sekuat hati sambil terbayang moment narcosis kat Pulau Weh, macam mana kuat aku control nafas masa tengah fight narcosis dalam laut tu macam tu jugak la aku control nafas masa meneran. Tengah nak beranak ni terbayang tengah diving pulak, boleh?
10:10pm
Alhamdulillah keluar seorang umat Muhammad comel. Dr angkat tunjuk jantina lepas tu terus bawa pegi cuci & potong tali pusat. Uri keluar pun tak lama dalam jarak lima minit je. Saat baby kat tangan tu adalah saat paling indah. Comelnya ciptaan Dia rasa nak menangis. Pandai pulak anak ni bila mommy pegang je terus mulut tu mencicip mintak susu hehe.
Masa tengah breastfeeding baby, hubs kat luar LR kena sekolah dengan Dr Lily sebab kitorang lambat pegi hospital. Lepas tu Dr terus sambung keje dia kat LR sebelah. Bukan sengaja kitorang nak lengah, cuma ingat sakit biasa tak expect nak beranak pun. Alhamdulillah dipermudahkan semua urusan, dimakbulkan doa untuk bersalin dengan tenang, mudah & selamat. Mudah sangat pengalaman tu, rasa macam baru keluar rumah pegi mall beli baby doll bawa balik rumah.
[Gentle Birthing]
Bila cerita balik birth experience kat kawan2 yang belajar gentle & amani birthing dorang sahkan ni gentle birth. Alhamdulillah. Tak pegi kelas pun, cuma dari awal pregnant dah start belajar pasal gentle birthing melalui buku, google & video. Baca, faham & amalkan. Memang praktis teknik pernafasan tu sepanjang mengandung. Memang bagus. Bila bernafas dengan betul memang kita boleh kawal rasa sakit & cepatkan bukaan ‘jalan’. Bab exercise, hari2 memang banyak naik turun tangga. Nak jalan jauh2 tak larat sangat sebab sakit kaki so naik turun tangga rumah je dah cukup. Squat tak pernah tinggal. Masa tengah rasa surge sikit2 kat rumah tu buat hip sway nak cepatkan bukaan. Position setiap kali surge datang tak payah cakap laa, kejap merangkak, kejap mengiring, kejap squatting, memana yang rasa selesa. Layan je. Sebelum pegi hospital mandi air suam dulu nak tenangkan badan. Minggu 37 ke atas dah start buat perineum massage walaupun tak reti tapi cuba jugak. Yang massage ni start lambat sebab lama sangat pikir nak pakai minyak apa memandangkan kat rumah ada seribu jenis koleksi minyak haha.
Pengalaman bersalin kat Andorra pun bagus. Staff semua professional & helpful. Terkilan sikit je tak dapat delay cord clamp & skin to skin immediately lepas deliver. Takpe kita faham la, benda tu discuss dengan Dr Khamsiah tapi yang sambut baby Dr Lily & Dr pun tengah rushing ada case lain pada masa sama. Yang penting semua selamat. Then ada koyak sikit masa beranak tu, salah sendiri pi angkat punggung haaa mendapat la kan. Overall, semua okay je.
Tak sempat nak drama mintak ampun kat suami. Tak sempat nak drama mintak ampun mintak mak abah doakan. Tak tau la apa jasa sampai Allah mudahkan proses macam tu sekali, tapi syukur sangat2 atas semua kurniaan Dia. Tiada kata selain syukur kepada Tuan Punya Pemberi Kekuatan. Alhamdulillah’ala kulli hal.
Motherhood begins:
26 Januari 2018,
9 Jamadilawal 1439h,
Jumaat.
[e][N][d]


No comments:
Post a Comment