Mula survey hospital bila dah bulan ketiga. Kriteria hospital: lokasi tak jauh sangat dari rumah, gynae perempuan, harga mampu bayar, boleh request bilik single (ni laki aku la ni cerewet pasal bilik padahal bini dia okay je bab ni).
Start dengan survey gynae dulu. Lepas search sana sini, baca forum & tanya pengalaman orang, aku pilih An-nur dengan Dr Khamsiah. Second option, Dr Fatimah kat An-nur. Third option, Dr Mashitah kat Azzahrah. Lepas tu survey price & kepadatan hospital. Lepas survey tu terus hubs reject An-nur sebab crowded tak boleh pilih bilik. Lol. Dah confirm dengan An-nur pulak Dr Khamsiah dah takde situ alamak.
Kebetulan around that time dalam bulan lapan kalau tak salah, jumpa Ika & Rudi tanya pasal hypnobirthing, Rudi cerita dorang terjumpa Dr Khamsiah kat satu conference. Dr bagitau dia dalam proses nak buka hospital sendiri kat Seri Kembangan. Nama hospital Rudi tak ingat tapi nama mat saleh kata dia. Balik tu terus search sana sini google segala sampai jumpa jugak facebook Hospital Andorra. Hoyeah excited gila! Taaaaapi lepas tu kecewa bila call tak pernah jawab, pm tak reply. Tak tau bila hospital nak bukak, kat facebook tulis September tapi September dah habis hospital belum bukak.
Plan kedua - FPP Hospital Putrajaya. Yang tu belum sempat booking, ada colleague bagitau dia baru je booking FPP bulan 3. Bulan 1 & 2 dah fully booked even gynae lelaki pon dah tak available. Alamak.
Plan ketiga - KPJ atau terpaksa ke An-nur jugak. Tapi macam malas je nak book. Hati kuat sangat nak tunggu Dr Khamsiah jugak huhu.
Lepas tu bermula la episod setiap minggu call Andorra & setiap hari singgah facebook Andorra. Masa ni belum viral lagi pasal hospital. Likers facebook pun baru beberapa ketul. Hujung November dah start viral bila Andorra buat antenatal class. Kitorang tak attend pun class tu sebab dah attend dekat An-nur. Ikut hati nak je repeat tapi hubs tak nak.
So bila hospital dah start viral, selang dua hari aku call. Saat paling happy bila satu hari tu dia cakap hospital belum buka officially sebab masih tunggu approval KKM tapi klinik dah mula operasi. Haaaa terus book la apa lagi. Seminggu lepas book aku call lagi tukar tarikh appointment mintak diawalkan dua minggu. Sebab kebetulan masa tu cuti hal keluarga alang2 boleh terus pegi check up. Masa call ni dia bagitau appointment dengan Dr Khamsiah dah penuh sepanjang bulan Disember. Amboi hot stuff betul Dr ni.
Beza sangat masa first check up & session lepas2 tu. masa first time tu kejap je menunggu dah selesai. Lepas tu berjam okay, paling lama tiga jam lebih. Ni lepas hospital dah start viral sana sini & dah officially bukak. Nak lagi bila tengah menunggu tu nampak Dr keluar pegi round ward atau labour room. Haaaa berakar la kau tunggu. Memang sentiasa ramai patient Dr Khamsiah ni. Aku perasan patient Dr Lily takde la ramai sangat dibanding dengan Dr Khamsiah.
Memang rezeki aku, dapat merasa dua orang pakar tu. baik Dr Khamsiah atau Dr Lily, setiap sorang ada kelebihan. Dr Khamsiah bagi aku sangat motherly, lembut, penyayang & mudah berbincang. Dia tak lokek ilmu, setiap soalan walaupun simple dia jawab sempurna & memuaskan. Dr Lily pulak walaupun kena bebel dengan dia masa labour, dia sangat caring. Pun jenis tak lokek ilmu. Setiap soalan dia akan explain professionally sampai kita faham. Setiap perbuatan dia sulam dengan nama Allah & selawat. Kita yang mendengar ni pun terus rasa tenang dan kurang sakit.
Servis dan layanan staff selama kat Andorra tu memang tiptop. Tak kisah la masa pergi check up atau masa warded, memang semua staff dia layan baik. Dari Pakcik security, customer service, cashier, clinic, nursery, ER, MO, cleaner, room service eh pendek kata memang semua orang kat Andorra tu berhati mulia.
Dari segi follow up, memang details. Ini aku suka sangat. Kalau ada appointment, pihak hospital akan call ingatkan kita. Paling kurang pun dorang sms je. Masa check up memang sangat details la, Dr layan je setiap soalan kita. Lepas bersalin memang Dr check details mak & baby. Nursery dia pun bagus. Ada lactation consultation dari Mak Yam. Lepas discharge dalam tempoh 3-4 hari, Andorra akan call follow up keadaan kita & baby. Kalau ada apa masalah boleh je tanya. Lepas sebulan bersalin masih kena follow up dengan Dr. Paling best dalam tempoh berpantang dah berapa kali aku call Andorra kadang2 terus mintak nak cakap dengan Dr, dorang sentiasa layan elok je. Masa warded kali kedua aku mintak nak jumpa Dr Khamsiah personally, dorang layan je & Dr pun sanggup luang masa datang bilik jumpa aku. Dr Lily pun ada sekali tu nurse panik aku nak pitam, terus dia datang bilik. Layanan Andorra buat kita rasa sentiasa dekat di hati, takde rasa jarak langsung.
Lepas bersalin ada je aku pergi check up KK. Bila dah terbiasa layanan lima bintang kat Andorra tu aku rasa ehhh sangat beza. Dari segi Dr check up pun berbeza jugak. Tapi tu la kang ada yang bash pulak bila banding camni lol.
Tak menyesal kumpul duit sikit & bayar lebih sikit. Memang kita dapat apa yang kita bayar. Hospital pun super cantik. Servis pun super terbaik. Tak rasa macam kat hospital pun, rasa macam kat hotel lima bintang. Aku sampai extend satu hari stay kat Andorra sebab best sangat. Nasib baik hubs on je, dia yang offer suruh extend haha.
Kalau ada rezeki lagi nanti, ingat nak teruskan kat Andorra jugak. Korang pun kalau ada duit lebih pergi la rasa bersalin kat Andorra. Serius berbaloi.
Betul la apa kata Dr Khamsiah. Dia mahu kembalikan zaman perawatan penuh kasih sayang. Memang rasa kasih dan sayang betul kat keseluruhan Andorra 😚
[e][N][d]


No comments:
Post a Comment